100% minyak wangi diimport dari perancis! -

Tentang Kami

Sejajar dengan perkembangan industri fesyen di Malaysia, kami telah memulakan perniagaan berasaskan produk wangi-wangian pada tahun 2000 yang lepas. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam, kini kami terus berkembang maju untuk memenuhi permintaan yang tinggi dalam industri fesyen khususnya minyak wangi dan kasturi kijang yang asli.

Fokus utama perniagaan kami adalah berasaskan "perniagaan borong" yang mana pihak kami sedia untuk membekalkan apa jua jenis minyak wangi antarabangsa dan kasturi kijang asli kepada pihak yang berminat. Ini juga merupakan tema bagi syarikat kami iaitu "Segalanya berkaitan minyak wangi dan Kasturi Kijang asli".

Berkonsepkan perniagaan secara online, kami dapat memberikan kepada anda harga borong yang termurah dikalangan pembekal minyak wangi di Malaysia. Minyak wangi antarabangsa yang dibekal oleh kami adalah didatangkan khas 100% dari Perancis yang mana ia adalah pati tulen yang sebenar.

Daripada pemerhatian yang telah kami buat, harga borong yang ditawarkan oleh kami adalah lebih rendah, antara RM60 - RM120 daripada kedai yang terdapat di Plaza GM, Kuala Lumpur. Selain itu, ujian ketahanan bauan juga turut dibuat, hasilnya ketahanan wangian kami adalah lebih lama daripada kedai yang terdapat di situ. Nyata berbeza. Kami melihat ini adalah potensi bagi syarikat kami untuk berdaya saing dalam industri ini.  

Umum mengetahui , Kasturi Kijang merupakan salah satu antara wangian semulajadi yang terbaik di dunia. Ramai yang sukakannya. 

Tetapi, di manakah boleh mendapatkan Kasturi Kijang yang benar-benar asli?? 

Kami mempunyai inisiatif untuk mengelakkan orang ramai khususnya para pengguna Kasturi Kijang supaya tidak ditipu oleh para peniaga hari ini. Ini disebabkan, kebanyakan Kasturi Kijang yang ada di pasaran adalah Kasturi Kijang yang palsu, bukan yang asli. Atas keprihatinan kami terhadap isu ini, kami telah menyediakan Kasturi Kijang yang asli untuk para penggemar wangian semulajadi ini.

Penghantaran produk di seluruh Malaysia boleh diuruskan, kecuali Sabah dan Sarawak. Selain itu juga, kami turut menyediakan khidmat nasihat bagi produk kami khususnya Kasturi Kijang


Saya selaku Pengurus Syarikat ini akan memastikan kepuasan bauan sejati anda akan terjamin dengan kami.




"Segalanya berkaitan minyak wangi dan Kasturi Kijang asli"














Terima Kasih.




Ibnu Aromatica
Pengurus, 
Langkawimusk.